Mommy Fatih

sila klik untuk lihat katalog penuh

Tuesday, 3 April 2018

Sampul Duit Raya 2018 Eksklusif

April 03, 2018 6
Sampul Duit Raya 2018 Eksklusif

Da masuk bulan Rejab ni, dah makin rasa bahang-bahang Ramadhan kan?
Ramai dah mula puasa sunat. Yang mana belum habis ganti puasa tahun lepas pun da mula gelabah.

Tak payah tunggu raya, Ramadhan je dah mula event sana sini.
Majlis buka puasa dengan jabatan la, rumah anak yatim la, sesama keluarga la.
Macam-macam lagi kan.

Waktu ni la ramai gelabah cari sampul duit raya.
Untuk prepare duit raya tu satu hal. Tapi nak guna masa bulan Ramadhan ni haaa satu hal.
Sepanjang bulan Ramadhan pun kita sangat digalakkan bersedekah.
Sikit ke banyak, janji sedekah.
Pahala berganda, siapa tak nak kan? Rugiii wooo..

Kann bagus kalau da siapkan dari awal lagi.
Niat nak sedekah dari sekarang. Sama juga dengan ibadah korban. Niat dari awal supaya Allah mudahkan.


Fadhilah bukan nak cerita pasal sedekah, tapi nak share pasal sampul duit raya eksklusif niii.
Dia punye design tu menggoda sungguh. Rasa gatallll je tangan ni nak pegang tiap satu.
Bukan sembarangan design, nampak mewah betul.

Pulak tu, dia gune jenis art paper yang tebalnya 128gsm tu.
Kertas A4 yang biasa buat print tu 70/80 gsm je. Haaaa bole bayang tak tebal mana?
Kualiti art paper memang terbaik la kan. Dah nama pun art paper.

Haa..muat je letak duit RM50 tu.
Tak yah nak lipat-lipat.
Da la berusaha keras nak duit kertas baru, mesti sayang nak lipat-lipat masuk sampul kan.

Sampul duit raya tahun lepas banyak juga dapat.
Sebab Fatih baby lagi, ramai juga orang beri.
Kita yang dah besar ni siapa nak bagi lagi kan, selain suami? uhuk

So duk guna yang tu je kalau nak hulur untuk kenduri dll.
Dalam banyak-banyak tu, boleh bezakan kualiti kertas setiap tu.
Paling suka sampul dari Habib Jewels. Sebab tebal dan rasa mewah.
Lagi-lagi bila nak hulur kat orang yang special macam mak ayah kan, mesti nak sampul pun special.




Khas untuk tahun 2018 ni, hanya design yang eksklusif je terpilih untuk dijual.
Ada 7 design menarik untuk korang pilih.
Semua ni ready made tau. Tak ada custom design nak tambah logo ke apa ke.




Untuk korang yang sentiasa berjiwa muda, nahhh ni dia.
Bagi kat anak-anak confirm dyorang pun suka.
Comel kannn? Tak tahan tengok.

Perasan tak, design ni semua korang boleh guna bila-bila je.
Majlis rasmi ke tak rasmi ke, semua boleh.

Design ni limited edition tau.
Sebab tak ada jual di kedai-kedai.
Ini pun untuk raya tahun 2018 ni je.
Tahun lepas design lain, tak sama langsung.


Korang boleh pilih nak dapatkan starter pack (7 pack = 70 pcs) untuk dapatkan semua design.
Atau korang boleh pilih design tertentu yang korang nak.

Tempahan dibuka sekarang sehingga stok habis.
Jangan tunggu lama-lama, habis je quota tuk raya kali ni, kita tutup terus.

Harga? Untuk design eksklusif dan berkualiti tinggi ni, harga berbaloi-baloi kita bagi.

1 pack     -  RM 5
10 packs  - RM 50 (free 1 pack)
20 packs  - RM 100 (free 2 packs + free postage)

[1 pack = 10 pcs]
postage: RM6 (SM), RM8 (SS), 20 packs ke atas free postage! (satu alamat)
postage ke Singapura dan Brunei bergantung pada berat parcel. 

Ajak adik beradik, kawan-kawan satu ofis, jiran tetangga semua sekali tau.
Pakat ramai-ramai, bole dapat free postage dan free extra sampul lagi.

Postage paling awal 20hb April ni ye.
Tengah bulan Ramadhan paling last pos.
Itu pun kalau ada lagi stok berbaki ok.

Dah pilih design?
Cepat-cepat Whatsapp Fadhilah ok
www.wasap.my/601140576899

Tuesday, 27 March 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

March 27, 2018 4
Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Sekali dah join GA, rasa pantang je nampak mesti nak join.
Tapi join yang simple simple je.

Blog pon da lama tak ter update.
Maka sambil support GA kawan-kawan blogger, sambil kita 'hidupkan' sikit blog yang sendu ni.

Siyes macam-macam dah terfikir nak tulis, tapi nak duduk depan laptop tu..aduhaiiiii
ibarat bercinta bulan dengan matahari.
Takkan berjumpa gitu. Hahaha

Harapnya nak masuk bulan april ni boleh la terajin tiba-tiba.
Lagipun ada berhutang satu entry gak dengan korang.(siapa yang baca post lepas mesti tahu)
Tak sedap rasa selagi tak kotakan apa yang dikata.

Kesimpulannya, jom la ramai-ramai join GA cik Lea Azleeya kita ni.
Hadiah pun banyakkk tu.


Tuesday, 6 March 2018

180 Pilihan Menu Harian

March 06, 2018 0
180 Pilihan Menu Harian

Meal Planning [Part 1]

Macam yang Fadhilah tulis dalam entry yang lepas, kat sini --> Projek Organizing
Marilah kita mulakan step pertama dalam meal planning kita ni.

sumber : Google
Haa haritu sebut nak cari 300 menu kan.
Apa daya, dapat kumpul 180 je buat masa ni. Huhu..
Tak apa, kemudian hari boleh tambah lagi bila jumpa yang baru kan.

Fadhilah mulakan dengan cari list menu dulu.
Kumpul banyak-banyak, supaya boleh dapat instant menu untuk masuk dalam list.
Kalau nak fikir sendiri, memang ciput je la idea yang keluar.
Sebab duk ulang masak benda yang sama.

Lagipun, orang tak reti masak macam kita ni, ape je menu yang terfikir kan. Uhukk..
Sedar diri, marilah kita minta tolong pakcik gugel.

Nak cepat kumpul list banyak, cari blog atau website masakan.
Alaa, yang banyak share resipi tu.
Bonusnya, siap ada resipi da. Boleh try masak nanti.

Tapi sebabkan Fadhilah nak menu ringkas-ringkas je dulu,
sebab tak nak spend masa lama-lama kat dapur tu,
makanya kita cari resipi yang boleh siap dalam masa singkat je.

Ada masa nanti, boleh belajar resipi baru pula.
List dah depan mata senang je nak pilih nak masak apa kan.

Nak dapat tu, kita cari menu atau resipi yang orang lain dah compile kan khas untuk bulan Ramadhan.
Cari 30 menu berbuka atau bersahur.
Sebabnya, time bulan puasa, semua orang nak cepat siapkan makanan, nak fokus ibadat.
Lagi-lagi waktu sahur kan.

Lagi satu, Fadhilah fokus cari menu je dulu.
Resipi kemudian. Sebab time nak masak senang je nak cari kalau dah tahu nak masak apa kan.
Lagi pula, kalau nak try resipi baru, Fadhilah suka compare kan beberapa resipi, baru cuba masak.

So kat bawah ni Fadhilah share semua menu yang berjaya dijumpai,
beserta sumber dia sekali.
Ada yang da siap resipi sekali tau.
Terima kasih buat mereka yang buat list ni.

Nanti next entry, Fadhilah akan asingkan ikut kategori: ikan, ayam, sayur dll.
Tujuan dia, bila kita nak masak ayam contohnya, cari kat kategori ayam je.
Tak adalah nak go tru semua beratus menu kat lain-lain tempat kan.

Point utamanya nak kerja jadi efisyen supaya jimat masa di dapur.
Tanpa kompromikan makanan sihat dan lengkap untuk seisi keluarga.
Juga air tangan ibu yang penuh kasih sayang. Haa giteww.

sumber: echah507.blogspot.com
Dalam mencari tu, Fadhilah jumpa sorang blogger ni, finizaini yang mula buat menu 30 hari  menu Ramadhan pada tahun 2014.
Ramadhan 2015 dan 2016 dia buat lagi sebab katanya 'misi sangat berjaya'.
Haa..nampak tak?
Kalau tak membantu, tak ada lah sampai tiap tahun buat kan?

Bawah ni list ynag dia pernah buat.
Terima kasih sangat sebab share di internet.

sumber: finizaini.blogspot.com
sumber: finizaini.blogspot.com
sumber: finizaini.blogspot.com
Ni pula senarai blog/website yang buat list 30 menu beserta resepinya.
Dan setiap menu tu bergambar.
Terliur pula tengok gambar makanan.
Nasib baik bukan tengah puasa taip ni. Hehe

1/ http://kitacerita.com/30-idea-resepi-menu-berbuka-puasa-dan-bersahur-selama-sebulan/

2/ http://babab.net/out/30-resepi-untuk-sebulan-sepanjang-ramadhan.html


Semoga bermanfaat untuk korang juga. 

Thursday, 1 March 2018

#Misi2018 : Projek Organizing

March 01, 2018 6
#Misi2018 : Projek Organizing
Assalamualaikum..hye korang.

Masuk bulan Mac ni rasa teruja pula. 
Lain macam sikit feeling dia.

Sebab dua bulan lepas macam hectic sikit.
Mula la rasa serabut bila macam-macam urusan bercampur aduk.

So, mengenangkan #misi2018 yang nak hidup lagi teratur, dengan kata lain 'more organized',
maka marilah kita mulakan langkah kemas semua sisi hidup ni starting bulan ni.

sumber
Kita tackle satu persatu dulu. 
One step at a time, orang kata.
Fadhilah sendiri akan mula dengan bab masak memasak.
Sebab tu tugas rumah yang paling banyak consume masa dan fikiran.

Tiap hari duk fikir 'nak masak apa eh harini?'
Bila nak shopping barang dapur pula fikir 'nak beli apa untuk minggu ni eh?'
Lepas tu menu yang sama diulang-ulang.
Kita yang masak pula bosan. Hahaa

Jadi, sudah sampai masanya kita ubah hidup jadi lebih efisyen.
Marilah tunaikan #misi2018. 
Mudah-mudahan berjaya hendaknya. 

First, Fadhilah akan cari list menu bebanyak dulu.
Kumpulkan dalam 300 menu idea da sangat ok da tu.
Senang je nak cari banyak tu. Nak tahu macam mana?
Jom join #misi2018 kita. Hee

List dalam next post nanti okeyh.



Wednesday, 28 February 2018

Cinta Tunik - Tunik Muslimah Laris di Malaysia

February 28, 2018 3
Cinta Tunik - Tunik Muslimah Laris di Malaysia

Ingat lagi dengan Cinta Tunik ni?
Baru je launch awal Februari lepas kan?

Nak tau cerita tak?
Sekarang banyak dah sold out tau.

Daripada 8 warna, yang tinggal cuma 6 warna je lagi.
Tapi
tapi..
Yang 6 warna ni pun semua tinggal saiz S saje..

Ye..saiz S saje.
Yang lain yillekkk.

Fuhh..hebat penangan Cinta ni.
Bukan calang-calang tunik tau.

Simple je, plain, tapi tak nampak kosong. Haa macam mana tu?
Double layer tu bagi ifek woww tau.
Cutting A-cut yang loose buat tunik ni nampak terletak je.
Tak ada ketat kat mana-mana.

Sesuai pakai pergi jalan-jalan atau santai-santai.
Pakai dengan seluar nak bagi senang bergerak.

Nak pakai pergi majlis pun boleh.
Tinggal match kan dengan skirt je lagi.

Sebab tu cikgu-cikgu pun suka pakai pergi sekolah.
Ada kelainan sikit dari pakai baju kurung biasa kan.

Tapikan..korang tak yah la sedih lama-lama.
Sebab apa tau?

Sebab Cinta Tunik akan di restok awal bulan Mac ni.
Eh esok da masuk bulan Mac kan..hehe..
Tapi bukan esok, seminggu lagi insyaAllah.

Yang bestnya lagi, akan ada warna lain juga tau.
Nak tengok ke warna baru cinta?

Meh Fadhilah bagi teaser sikit.




Amacam? Tergugat tak jiwa raga tengok dua warna hot ni?
Kena cepat tau.

Nak secure, boleh pre order dulu okeyh.
Sebab pengalaman lepas-lepas, biasanya malam stok baru launch nanti, sure dah berebut dah agent grab. Macam piranha gitu.

Sedih tau bila stok dah habis, lepas tu ada yang tanya pula.
Kita nak jawab pun tak sampai hati.

Kalau nak, tau dah kan nak buat apa?
Meh hantar pinangan kat Whatsapp +6011 4057 6899



Tuesday, 27 February 2018

Travel Totebag by Ana Suhana

February 27, 2018 6
Travel Totebag by Ana Suhana

Assalamualaikum..
Hye korang.

Haritu first time join giveaway by Sis Hawa
Alhamdulillah rezeki dapat hadiah ketiga.
Tak sangka sungguh.

Da join sekali, menang pula tu
macam best nak join lagi kan.

Kali ni giveaway by Ana Suhana
Ada sehari je lagi sebelum tarikh tutup
Jom la korang join sekali, sempat lagi ni.

All the best korang!


Thursday, 15 February 2018

Sayang Long Top

February 15, 2018 1
Sayang Long Top
6 pilihan warna memikat hati

Sekali pandang, mungkin nampak sama dengan Cinta Tunik,
dari segi cutting A-cut - ya, sama.
Tapi Sayang Long Top ni diberikan sentuhan berlainan, terutama bahagian lengannya.

Cutting A-cut semestinya sesuai untuk semua bentuk badan.
Jadi tak perlu risau ketat di bahagian bawah.
Dan selesa untuk dibawa berjalan dan bercuti.

details khas pada bahagian lengan
Pleat pada bahagian siku,
ditambah dengan kain berwarna krim pada bahagian hujung lengan dan tengah badan,
seolah-olah memberi ifek memakai cardigan.
Sedangkan Sayang Long Top ni 1-piece je.

Ada 6 pilihan warna yang menarik:
❤ Salmon Peach
❤ Baby Blue
❤ Seaweed Green
❤ Mint Green
❤ Red Hot Chilli Pepper
❤ Cherry Blossom


Material Sayang Long Top adalah como crepe.
Kain yang hanya perlukan minimal ironing,
maknanya tak perlu iron baju beriye, cukup touch up sikit-sikit je gitu.
Nak bawa jalan pun tak risau baju berkedut seribu.

Semestinya Long Top ni wudhu' friendly,
ada zip di hujung lengan untuk memudahkan ambil wudhu'.

Juga breastfeeding friendly,
ada bukaan zip melintang di dada untuk menyusu.

Feedback & OOTD Customer yang berpuas hati

Tengok lah tu
Ada yang pakai pergi office.
Pakai pergi jalan kat taman.
Pergi shopping dengan anak pun boleh.

Versatile gitu.
Nak padankan dengan seluar atau skirt, terpulang yang mana korang selesa.








adik umur 13 tahun ni pun muat pakai tau. stylo kan pakai dengan jeans



Sebarang pertanyaan dan pembelian -->

Whatsapp: +6011 4057 6899 (Fadhilah)